Make your own free website on Tripod.com

| SEJARAH | LAMBANG & MOTTO | FALSAFAH | VISI | MISI | ORGANISASI |

| STAF | AKADEMIK | KO-KURIKULUM | PEPERIKSAAN | HOME |

 

SEJARAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

SEREMBAN 2

SECARA RINGKAS

              Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 terletak di Seremban 2 bersebelahan dengan Garden Street Homes dan kira-kira 7 kilometer dari Bandar Seremban. Ia telah siap dibina pada pertengahan bulan Disember 2002 dan beroperasi sepenuhnya pada 6 Januari 2003.

        Seramai 424 pelajar, 29 orang guru dan 6 orang kakitangan sokongan adalah warga pertama yang telah mewarnai sekolah ini. Datin Maznah Bt Yusof ialah pengetua pertama sekolah ini dengan dibantu oleh Guru Penolong Kanan 1 pertama En. Jamil B Mohd. Tahir dan diganti oleh Pn. Hjh. Sadariah Bt Md Jali pada bulan Julai 2003 serta En. Abdul Wahid B Abdul Ghani dan En. Mad Pazir B Md. Ahair selaku GPK Ko-kurikulum dan GPK Hal-Ewal Murid.

                Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 juga mempunyai dewannya sendiri yang dikenali dengan nama Dewan Ungku Aziz yang telah dirasmikan sendiri oleh Profesor Diraja Ungku Aziz. Sekolah ini juga dilengkapi padang serta trak larian di mana ia menjadi tumpuan acara-acara sukan peringkat negeri seperti MSSMNS dan Penutupan Minggu Petriotisme Peringkat Negeri.

 

    

               

| SEJARAH | LAMBANG & MOTTO | FALSAFAH | VISI | MISI | ORGANISASI |

| STAF | AKADEMIK | KO-KURIKULUM | PEPERIKSAAN | HOME |